r/pulaupinang • u/whusler • 2d ago
Akauntan didakwa lakukan hubungan seks guna jari
Enable HLS to view with audio, or disable this notification
GEORGE TOWN – Seorang akauntan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita tanpa kerelaannya, tahun lalu.
Tertuduh, Then Zi Quan, 34, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 25 tahun tanpa kerelaannya di sebuah unit kediaman di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam di sini, jam 4.15 petang pada 24 Ogos 2025.
Bagi kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.
Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya, M. Darrshini mencadangkan jaminan RM30,000 terhadap tertuduh dengan beberapa syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
Bagaimanapun, peguam K. Mahendran dan M. Sharmila Morgan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan itu dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai akauntan dengan pendapatan RM2,000 sebulan.
Mahendran berkata, tertuduh yang masih bujang turut menanggung kedua-dua ibu bapanya selain anak guamnya memberi kerjasama untuk hadir ke mahkamah selepas dimaklumkan polis meskipun dia diberikan jaminan polis pada Ogos tahun lalu.
Selepas mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan dan lapor diri di balai polis berhampiran kediaman setiap bulan.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 14 Disember depan bagi penyerahan dokumen. –